Tuesday 25 December 2012

KISAH ANAKKU NAJLA

Najla baru sampai dari bercuti ke Gambang dan Terengganu tadi. Sampai-sampai rumah, dia menangis. Rupanya rindu mama...huhu..Kesian dia dari hari Sabtu tinggalkan mama dan babah. 

Sebenarnya memang dia yang nak ikut atuk dan tok ki jalan-jalan. Boleh mandi kolam dengan sepupu dia. Baru-baru ni ambil gambar dia, saja buat muka comel. Geram.

Apa boleh buat, dia seorang sahaja buah hati mama dan babah. Manja. Paling suka tidur dengan atuk sebab ada aircond. Kecil-kecil dah pandai 'demand'. :)


Inilah antara aksi Najla. Tahun depan 3 tahun. Sibuk minta hantar pergi sekolah. Kalau tengok dia berkawan dengan budak yang umur lebih tua, dia boleh get along dan sesuaikan diri. Cepatnya anak besar kan. Dia faham babah dia sakit. Bila tengok ubat ke atau air penawar ke, mesti dia kata itu air ubat babah ye? :)

Seronok tengok anak membesar. Macam-macam kerenah. Dia faham bila mama banyak tolong babah daripada teman dia. Walaupun macam mana pun, Fiza tetap cuba luangkan masa untuk dia. Sekejap pun jadilah. Yang penting masa yang berkualiti.

Dalam keadaan sekarang ini, Fiza tak boleh lengah-lengah lagi. Banyak benda kena buat cepat. On time. Kalau tidak, memang Fiza akan terlepas banyak perkara. 

Macam suami, dia banyak terlepas waktu pembesaran Najla. Masa Najla pandai jalan, dia masih di hospital. Tapi sekarang, hari-hari dia teman dan jaga Najla. Itulah hikmahnya. Sebulan dua waktu yang terlepas tu, Allah gantikan dengan berbulan-bulan. Cuma tinggal suami perlu belajar ambil hati Najla. Bab ini belum mahir lagi. Harapnya sikit waktu lagi lah. In syaa Allah.

Najla pun sekarang dah pandai ikut apa yang orang buat.  Ada sekali tu atuk dia nak pegi kenduri pakai baju kurung, dia pun nak pakai baju kurung juga. Jenuh lah atuk layan. Orang pakai tudung, dia pun pakai tudung. Belum masuk bab pilih baju. Kalau dia tak nak, dia ambil baju lain. Seluar lain. Suka hatilah, janji pakai baju kan. :)

Babah tolong pangku Najla sebab mama tengah drive......

Cuba tengok video ni...


Najla in action....:D




Friday 21 December 2012

JOM JANA PENDAPATAN SENDIRI...

Assalamualaikum w.b.t

Semalam fiza dapat berita gembira dari PB buyer fiza yang seorang ni. Dia whatsapp beritahu fiza dia dah bank in RM600, instead of RM200 seperti yang dipersetujui dalam perjanjian yang kami meterai sebelum ini.

Wow, dia sangat baik dan selalu dia antara orang pertama yang buat bayaran setiap bulan. Memang on time. Buyer yang lain pun sama, semua bagus-bagus. Fiza suka deal dengan orang macam ni.

Tak dinafikan fiza pun ada rasa risau mula-mula nak bisnes dulu. Takut, siapa lah yang hendak beli korset. Ramai ke orang yang pakai korset? Ada ke yang nak beli mahal-mahal macam ni? Macam biasa, bila kita nekad, kita mesti nak buat. So, Fiza beritahu partner fiza, ok, fiza nak buat. Nak cuba. Online.

Lepas tu Niza ajar step by step macam mana nak create blog, up status dalam FB, instagram semua tu. Mula-mula memang kekok. Status macam mana nak buat ni. Biasa up status just tulis apa yang kita rasa, share gambar semua tu...tapi bila dah start bisnes, macam-macam benda kena alert, kena tau selok belok online bisnes ni..

Orang kata sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Fiza buat slowly, then dah mula nampak hasil..Wah, seronok juga. Bukan apa, seronok sebab Fiza boleh guna kreativiti sendiri terutamanya bila masuk bab design dan edit. Suka sangat...kredit to Niza..



Fiza juga rasa bertuah sebab ada leader seperti Maisarah...dia yang buka peluang kepada Niza dan seterusnya kepada Fiza juga...



Bila kita tengok kawan-kawan dalam team kita semua positif,  bagi support, kita terus semangat nak teruskan. Rupanya dalam bisnes ni, kena lakukan secara berkumpulan. Jualan dikira secara berkumpulan. Bukan kita buat sendiri-sendiri. Setiap orang harus sumbangkan hasil usaha sendiri. Bila digabungkan, itu yang boleh pergi MELANCONG tu... 

^^^^

So, bulan ni sahaja fiza dapat :
gaji + bonus kerja + bonus bisnes + payment from buyer

^^^
jom jana pendapatan sendiri...jangan lepaskan peluang untuk dapat RM4500 pertama sebab peluang ini hanya dibuka sehingga 31 Disember 2012 sahaja.

^^^
kepada anda yang berminat dengan bisnes, boleh hubungi fiza melalui :

email : fiza120@gmail.com
@
call/sms/whatsapp : 013.6053352

^^^

Yang berminat dengan PB korset, fiza terima :

tunai | kad kredit | ansuran







Thursday 20 December 2012

ISTIKHARAH...SATU KEMESTIAN?

Bismillahirahmaanirrahim....

Berada di dua persimpangan, mana satu yang jadi pilihan? Jalan kiri atau kanan? Takut jalan mati? Berpatah balik? Banyak persoalan dari jawapan.

Persimpangan yang menentukan jalan bahagia atau jalan buntu. Saya akui, dalam banyak-banyak keputusan yang saya ambil, terkadang saya terlupa untuk solat istikharah. Bimbang ianya banyak mengikut perasaan. Kini saya sedar. Banyak hikmah di sebalik solat istikharah.

Sejujurnya sebelum saya menyertai GLAM, saya tidak buat solat istikharah. Saya cuma berdoa di dalam setiap solat agar Allah berikan saya jalan keluar. Jalan yang membolehkan saya membayar segala hutang piutang saya dan suami, jalan yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga saya termasuk untuk keperluan suami dan anak, juga ibu bapa saya. 

Sehinggalah satu ketika dipendekkan cerita, saya beranikan diri untuk bertanya kawan tentang bisnes yang beliau  sedang lakukan. Pertemuan diatur dan beliau menerangkan satu persatu. Selepas pertemuan itu, banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. Saya kerap bertanya. Macam mana? Apa? Semua. Saya mahu setiap ketidakpastian saya ada jawapan. Dan saya terkejut. SEMUA persoalan saya dijawab. Saya dah lama mencari jawapan sebab perniagaan ini banyak cerita di sebaliknya. Ramai yang terkena.

Saya ikut kata hati. Saya kena cuba. Hadir ke kelas. Sampaikan saya tidak boleh tidur selepas saya berjumpa dengannya.

Ini kemuncaknya. Satu hari selepas genap sebulan saya mulakan perniagaan ini, sekali lagi hati saya terdetik sama ada hendak teruskan atau tidak. Saya memang buntu. Bukan senang hendak berniaga. Ada orang yang memang rezekinya mudah dengan berniaga. Adakah saya dalam kategori itu? Saya tidak percaya saya boleh buat. Tiada siapa yang tahu. Malam itu saya nekad. Saya buat solat istikharah minta Allah berikan saya petunjuk, saya berdoa begini "Ya Allah, aku mohon agar Engkau berikan aku jalan, sekiranya perniagaan ini baik untukku dan agamaku, Engkau bantulah aku untuk mengusahakannya. Jika sebaliknya, Engkau jauhkanlah ia daripadaku."

Saya bukan insan yang sempurna. Mungkin ada kesilapan dalam doa tersebut. Maafkan saya. Ajarilah saya. Malam itu juga saya telah bermimpi seseorang datang kepada saya dan memberitahu saya begini "jika ada qudrat, teruskan perjuangan". Dan selepas itu ada lagi kesinambungan mimpi di mana kereta yang saya pandu tiba-tiba terhenti di tengah jalan. Kehabisan minyak. Bila saya toleh ke kiri, saya terus ternampak sebuah stesyen minyak. Masya Allah. Subhanallah. Apakah maksudnya?

Apabila saya tersedar, saya seperti mendapat semangat baru. Mungkin Allah makbulkan doa ibu bapa, suami, keluarga dan rakan-rakan supaya mudahkan kami hadapi ujian, Dia menolong suami melalui saya sendiri, mungkin melalui saya juga, Allah mahu saya bantu yang lain. Saya mula sedar. Apa niat saya sebenarnya?

Sejak dari itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya ingin terus berjuang demi mereka yang ada di sekeliling saya.    

Saya sukakan lagu ini, Kasih Padamu dendangan Hafiz Hamidun. Lagu ini beri saya inspirasi. Hayati lirik lagu ini:


"Kasih Padamu" - Hafiz Hamidun 

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..



Lagu dan lirik ini memang beri kesan kepada saya.  Terima kasih kepada kawan saya yang beri saya peluang walaupun saya bukan siapa-siapa.




Terima Kasih Allah!!

^^^^^

fiza120@gmail.com
013.6053352



Monday 17 December 2012

GREEN LEADERS ACADEMY MALAYSIA (GLAM)

Hari Jumaat lepas 14 Disember 2012, GLAM telah bertukar ke tempat baru. Lebih segar dan lebih selesa. Ada bacaan yasin dan doa selamat sempena meraikan tempat baru kami.
Alhamdulillah, masih ada tempat untuk kami menimba ilmu bersama dengan pemimpin yang tidak putus-putus memberikan semangat dan motivasi untuk kami teruskan perjuangan kami dalam perniagaan ini.

Mereka tidak memaksa, kelas yang santai, kelas yang banyak menyuntik semangat. Pada pandangan saya, kelas sebegini tidak sama dengan kelas yang pernah saya hadiri sebelum ini. Dan untuk pengetahuan semua, saya pernah hadir ke beberapa kelas untuk perniagaan seperti ini. Tetapi, kelas di GLAM ini ada aura yang tersendiri.

Apabila selesai, saya pulang ke rumah dengan semangat yang pemimpin berikan hinggakan kadang-kadang susah nak lena sebab berkobar-kobar nak teruskan perniagaan.

Saya bertemu dengan kawan baru, mengeratkan lagi silaturrahim antara kami. Saya juga sempat bergambar dengan pemimpin.



Inilah sebahagian dari 'team' saya. Peluang bergambar bersama pemimpin iaitu Hanis Haizi dan Maisarah Ibrahim adalah sesuatu yang bermakna buat kami.

Saya tidak pernah terfikir yang saya akan berada bersama mereka. Jika diikutkan, memang saya tidak mahu berniaga. Saya takut, malu, segan. Tapi dengan mereka, saya telah bina sesuatu yang baru dalam diri saya. Saya menjadi lebih positif dan berkeyakinan.

Mudah sahaja untuk jadi seperti mereka. Jika tidak kerana keadaan suami saya, mungkin saya tidak akan bersama mereka.

Syukur kerana Allah lorongkan jalan ini. Semoga ramai lagi yang dapat mengambil peluang dan manfaat ini. 

Mulakan perniagaan anda sendiri bersama kami dan anda akan dapat banyak ilmu dan manfaat untuk anda gunakan dalam perniagaan anda sendiri.

Bulan Disember ini merupakan bulan terakhir untuk anda merebut peluang sebanyak RM4500, yang mana peluang ini akan berakhir pada 31 Disember 2012.

********
Mulakan langkah anda sekarang. Saya bersedia membantu anda membina perniagaan anda sendiri.

SMS/WHATSAPP : 013.6053352
fiza120@gmail.com







Monday 10 December 2012

PERCAYA ATAU TIDAK?

Anda percaya atau tidak, korset Premium Beautiful ini telah berikan saya banyak manfaat?

Jika saya kata tidak, bermakna saya telah berbohong..

PB telah bantu saya mencapai perkara berikut:

* Keyakinan diri
* Kesihatan - sakit belakang sepanjang menjaga suami telah sembuh
* Kewangan - memakai PB sambil berbisnes sangat berbaloi
* Sahabat - tahu menghargai erti persahabatan
* Tanggungjawab - bantu diri sendiri dan rakan kongsi untuk berjaya
* Ilmu - tentang produk, perniagaan internet, social networking, komunikasi, dll
* Kegembiraan - membuat suatu perkara baru berdasarkan minat
* Masa - menghargai setiap masa yang berlalu 

Kita memang akan sentiasa belajar dan terus belajar. Sesuatu yang saya tidak pernah terfikir saya akan lakukan tetapi kini saya lakukan juga. Bukan untuk sesiapa. Untuk diri saya, keluarga khususnya dan masyarakat amnya.

Saya merasa terpanggil untuk membantu mereka di luar sana kerana saya tidak mahu mereka merasai kepahitan yang saya rasa. Sekurang-kurangnya kita sudah bersedia apabila tiba masanya nanti. Pokok pangkalnya PERCAYA @ TIDAK? Asas percaya ada dinyatakan dalam Rukun Iman:

  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Hari Kiamat
  • Beriman kepada Para Nabi dan Rasul
  • Beriman kepada perkara ghaib
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar

Selagi tidak ada rasa percaya, selagi itu kita takkan bertindak. 

Percaya dengan saya, bermakna anda telah bersedia untuk sahut cabaran yang seterusnya.

Hubungi saya jika perlukan khidmat nasihat tentang produk Premium Beautiful
dan produk-produk lain yang berkaitan.

 Saya sedia membantu......

-------

*juga peluang untuk anda merasai pengalaman saya berbisnes dengan rakan-rakan kongsi yang telah terbukti berjaya. Anda juga berpeluang memiliki RM4500 bonus bagi tempoh sah sehingga 31 Disember 2012 ini sahaja...Izinkan saya menggalas tanggungjawab itu......*

fiza120@gmail.com
013.6053352







Pengalaman : Apabila Suami Sakit...Bahagian 2

sambungan....

Ujian Tanda Allah Sayang


Allah duga kami ketika usia perkahwinan 1 tahun setengah. Ini yang terbaik buat kami. Allah mahu kami ingat Dia. Allah mahu kami sayang Dia. Allah tidak mahu kami jauh dari Nya. Terima kasih dan syukur Ya Allah. Masih diberi ruang untuk bertaubat. Masih diberi peluang untuk berikan teladan kepada sahabat handai dan rakan taulan terdekat.

Medical Board Out dan SOCSO

Masanya tiba juga. Suami sakit selama 2 tahun. Sampai masa perjanjian dengan syarikat sampai ke penghujung. Suami telah disahkan oleh doktor akan mengambil tempoh masa yang lama untuk kembali sihat. Suatu jangka masa yang tidak boleh ditentukan. Doktor tetap doktor. Bukan tuhan. Bagi membolehkan suami mendapat bantuan Socso, syarikat perlu keluarkan surat pemberhentian kerja. Saya tiada jalan lain melainkan bersetuju dengan keputusan ini. Walaupun dengan hati yang berat, saya harapkan keputusan ini adalah yang terbaik kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana. Saya tahu dan sedar Allah sentiasa ada bersama hamba Nya. Mujur syarikat ada sediakan pelan insuran untuk pekerja. Mujur suami mengambil insuran  peribadi dan juga rumah. Sungguh cantik perancangan Allah...


Pengajaran & Iktibar

Wahai sahabat-sahabatku, andai ada yang membaca tulisan ini, ambillah iktibar dan pengajaran dari kisah ini. Satu kisah antara berjuta yang Allah pilih untuk disampaikan kepada kalian semua. Jika ada yang menganggap ini adalah rekaan semata, terpulanglah. Walau apapun anggapan anda, niat saya cuma satu. Inginkan cerita saya yang tidakseberapa ini dijadikan iktibar dan peringatan untuk kita berikan yang terbaik di dunia yang sementara ini. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok. Malah kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku sesaat yang akan datang. Bersedialah.......












Saturday 1 December 2012

Pengalaman : Apabila Suami Sakit....Bahagian 1

Alhamdulillah..syukur kepada Yang Maha Esa kerana memberi saya peluang untuk menulis di sini. 

Masihkah ada esok bagiku? (aiseh, macam dalam drama plak..)

Selagi ada nafas, selagi tu lah kita diberi peluang untuk memberikan yang terbaik dalam kehidupan kita. Oleh itu, jangan sekali-kali abaikan perintah Allah. Sentiasa berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Ok, sekarang saya nak share sikit tentang bagaimana saya menghadapi hari-hari selepas suami saya sakit 2 tahun yang lepas. Juga tentang apakah perkara yang perlu kita ambil tahu dan lakukan macam SOCSO, insurans dan sebagainya.

Ketika suami jatuh sakit, iaitu pada 30 Ogos 2010, kami berada di kampung Taiping, bulan puasa, 2 minggu sebelum aidilfitri. Suami ketika itu tersangat lemah, muntah yang berterusan, mengalami halusinasi, dan seterusnya sawan (fit). Doktor cakap tiada punca yang khusus atas apa yang berlaku ke atas suami. Adakah berpunca daripada stress? doktor jawab, 'tidak'. Saya buntu. Bingung. Malah doktor juga bingung. Bingung sebab memikirkan bagaimana nak balance kan ubat cair darah dengan ubat memekatkan darah. Kalau ubat cair darah terlebih, bleeding akan jadi makin teruk. Kalau ubat pekatkan darah terlebih, takut saluran darah tersumbat pulak. Pening.

Untuk menyelamatkan suami, doktor telah berikan ubat tidur, rehatkan otak dan urat-urat saraf supaya otak tak stress katanya. Saya akur. Habis urat tangan, urat kaki, ambik pulak urat di dada untuk masuk ubat. Bila tanya doktor, berapa banyak jenis ubat? '15 jenis'. Masya Allah.

Doa. Tawakal. Mula tercari-cari cara nak bantu suami masa tu. Baca yasin. Problem sebab dalam ICU tak boleh tunggu 24 jam. Anak saya dah pass pada mak bawak balik ke KL awal-awal lagi. Tawakal.

Masa ni suami ada di Hospital KPJ, Ipoh. Alhamdulillah, mendapat rawatan dengan seorang doktor pakar yang sangat baik, Dr. Fadzli Cheah, seorang muallaf dan yang terharu tu beliau sempat berikan suami buku panduan solat untuk orang sakit sebelum suami 'shut down' malam tu jugak. Syukur suami sempat solat asar dan maghrib dengan izin Allah.

Saya dan mak mertua bergilir menjaga suami di hospital. Sepanjang sebulan, kami menumpang di surau hospital. 

BIL PERUBATAN & INSURAN

Saya gunakan medical card syarikat suami bekerja, maksimum sehingga RM50k sahaja. Mula-mula masuk, suami masih sedar, bil perubatan masih lagi dalam lingkungan RM18k. Tu pun dah mahal. Saya mula risau bila doktor kata suami kena dimasukkan ke ICU masa dia 'shut down'. Automatik doktor tanya, 'ada insuran'? Saya jawab ada. Ok, kita teruskan ke ICU dan kita cuba selama 3 hari baru off ubat tidur. Tengok respons. Kata doktor.

3 hari berlalu. Ubat off. tapi suami tak sedar. Pernafasan tak stabil. degupan jantung turun naik. berpeluh-peluh yang luarbiasa macam orang berjoging. Doktor no komen. Terpaksa sambung ubat tidur. 7 hari, 2 minggu, sampailah pada minggu yang ketiga hospital keluarkan bil sebab dah over limit 50k tu. Masya Allah. Mana nak cari duit? Simpanan memang zero. EPF tak cukup sebab dah keluarkan untuk beli rumah.

Bincang dengan mak mertua, akhirnya pada minggu keempat, kami pujuk doktor untuk bawa suami ke Hospital Sg. Buloh. Satu, sebab saya kena kerja. Dua, bil dah cecah RM100k. Buntu. Macam mana nak setel bil ni. Akhirnya mak mertua berikan duit simpanannya hampir RM40k untuk setel bil. Duit tu untuk tunaikan haji. Tu pun ada lagi balance 2k saya terpaksa pinjam dari kawan, Atun Khalid. Kalau tak kami tak dapat bawa suami transfer ke Hospital Sg. Buloh.

DUIT BELANJA & HUTANG PIUTANG

Saya dah mula fikir pasal duit belanja harian, hutang-hutang kereta, rumah, loan belajar, kredit kad. Ya Allah, macam mana nak setel ni? Selalu suami yang buat. Gaji saya seorang memang sah-sah tak cukup. Saya cari balik semua statement bank yang suami simpan. Buat semakan dengan bank. Kumpul semua hutang suami, termasuk hutang dengan kawan-kawan. Saya takut jika Allah panggil suami saya masa tu kembali ke pangkuanNya, hutang dia tak setel macam mana rohnya nak diterima. Allahu Akbar. Terasa batu berat dah terlekat kat bahu ni. Hilang punca. Yang paling penting ATM kad. Apa pin no.? Ah, sudah. Mula la peluh dingin. Entah macam mana datang ilham nak try no. yang penah suami bagitau masa cucukkan duit dari akaun dia dulu-dulu. Pegi try. Alhamdulillah. Harapan kembali cerah. 

......bersambung