Thursday 20 December 2012

ISTIKHARAH...SATU KEMESTIAN?

Bismillahirahmaanirrahim....

Berada di dua persimpangan, mana satu yang jadi pilihan? Jalan kiri atau kanan? Takut jalan mati? Berpatah balik? Banyak persoalan dari jawapan.

Persimpangan yang menentukan jalan bahagia atau jalan buntu. Saya akui, dalam banyak-banyak keputusan yang saya ambil, terkadang saya terlupa untuk solat istikharah. Bimbang ianya banyak mengikut perasaan. Kini saya sedar. Banyak hikmah di sebalik solat istikharah.

Sejujurnya sebelum saya menyertai GLAM, saya tidak buat solat istikharah. Saya cuma berdoa di dalam setiap solat agar Allah berikan saya jalan keluar. Jalan yang membolehkan saya membayar segala hutang piutang saya dan suami, jalan yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga saya termasuk untuk keperluan suami dan anak, juga ibu bapa saya. 

Sehinggalah satu ketika dipendekkan cerita, saya beranikan diri untuk bertanya kawan tentang bisnes yang beliau  sedang lakukan. Pertemuan diatur dan beliau menerangkan satu persatu. Selepas pertemuan itu, banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. Saya kerap bertanya. Macam mana? Apa? Semua. Saya mahu setiap ketidakpastian saya ada jawapan. Dan saya terkejut. SEMUA persoalan saya dijawab. Saya dah lama mencari jawapan sebab perniagaan ini banyak cerita di sebaliknya. Ramai yang terkena.

Saya ikut kata hati. Saya kena cuba. Hadir ke kelas. Sampaikan saya tidak boleh tidur selepas saya berjumpa dengannya.

Ini kemuncaknya. Satu hari selepas genap sebulan saya mulakan perniagaan ini, sekali lagi hati saya terdetik sama ada hendak teruskan atau tidak. Saya memang buntu. Bukan senang hendak berniaga. Ada orang yang memang rezekinya mudah dengan berniaga. Adakah saya dalam kategori itu? Saya tidak percaya saya boleh buat. Tiada siapa yang tahu. Malam itu saya nekad. Saya buat solat istikharah minta Allah berikan saya petunjuk, saya berdoa begini "Ya Allah, aku mohon agar Engkau berikan aku jalan, sekiranya perniagaan ini baik untukku dan agamaku, Engkau bantulah aku untuk mengusahakannya. Jika sebaliknya, Engkau jauhkanlah ia daripadaku."

Saya bukan insan yang sempurna. Mungkin ada kesilapan dalam doa tersebut. Maafkan saya. Ajarilah saya. Malam itu juga saya telah bermimpi seseorang datang kepada saya dan memberitahu saya begini "jika ada qudrat, teruskan perjuangan". Dan selepas itu ada lagi kesinambungan mimpi di mana kereta yang saya pandu tiba-tiba terhenti di tengah jalan. Kehabisan minyak. Bila saya toleh ke kiri, saya terus ternampak sebuah stesyen minyak. Masya Allah. Subhanallah. Apakah maksudnya?

Apabila saya tersedar, saya seperti mendapat semangat baru. Mungkin Allah makbulkan doa ibu bapa, suami, keluarga dan rakan-rakan supaya mudahkan kami hadapi ujian, Dia menolong suami melalui saya sendiri, mungkin melalui saya juga, Allah mahu saya bantu yang lain. Saya mula sedar. Apa niat saya sebenarnya?

Sejak dari itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya ingin terus berjuang demi mereka yang ada di sekeliling saya.    

Saya sukakan lagu ini, Kasih Padamu dendangan Hafiz Hamidun. Lagu ini beri saya inspirasi. Hayati lirik lagu ini:


"Kasih Padamu" - Hafiz Hamidun 

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..



Lagu dan lirik ini memang beri kesan kepada saya.  Terima kasih kepada kawan saya yang beri saya peluang walaupun saya bukan siapa-siapa.




Terima Kasih Allah!!

^^^^^

fiza120@gmail.com
013.6053352



No comments:

Post a Comment