Thursday 29 November 2012

Saya dan Bisnes


Cerita pasal korset ni, saya dah lama tahu. Cuma dulu tak ambil peduli sebab masa tu rasa tak perlu. Pakai la apa yang ada. Macam biasa, bila tak ambil peduli memang tak minat nak tau segala macam mak nenek yang berkaitan produk tu. Lagipun saya bukan pengguna tegar korset-korset ni.

Dipendekkan cerita, sejak suami sakit, saya dah bawa dia berubat ke merata tempat. Ada seorang ustaz sarankan saya belikan bengkung untuk protect tulang belakang sebab bahagian pinggang suami tak kuat. Punca ni yang menyebabkan suami saya lumpuh. Saya pun beli yang di farmasi bengkung yang biasa untuk lumber support. Tapi bila pakai, suami tak selesa sebab bengkung tu keras dan rigid, dia memang tak nak pakai langsung. Sudahnya, tersadai macam tu je dan saya pun takde la cari bengkung lain.

Nak dijadikan cerita, bila suami dah tak kerja, saya mula terfikir macam mana nak tambah pendapatan, pada masa yang sama saya boleh jaga kesihatan suami. Sebab produk penjagaan kesihatan memang mahal sekarang ni. Kos-kos ubat homopati pun dah beratus-ratus sebulan. Nasib baik ubat-ubat hospital saya boleh guna kad gomen.

Lama-lama fikir boleh naik pening dibuatnya, macam mana nak buat ni, belanja makin banyak, duit makin susut. Sampai bila? Tak boleh jadi. Satu je jalan, kena buat part time. Tapi nak keje ape? Sapa pulak nak jaga suami dan anak? Buntu.Terbantut lagi. Nak meniaga? Nak jual apa?

Terfikir nak buat kerja dari rumah, sebab boleh tengok-tengokkan suami dan anak sekali. Hmmm, banyak sangat tapinya. Last2, cite kat kawan ofis nak cari keja part time. Tak sangka pulak dia terus ajak join jual beg. Tak kisah la online ke apa. Yang penting, nak bayar hutang- hutang yang menimbun, nak ada extra cash untuk belanja rumah dan banyak lagi. So, start dengan jual beg, saya mula jual dengan kawan-kawan ofis, kawan-kawan sekolah pun support dan start jual online melalui blog jugak. Alhamdulillah, nampak hasilnya.

Lepas tu, ada seorang kawan ni, promote korset dan bisnes. Saya pun plan la nak jumpa dia. Niat di hati nak beli bengkung untuk suami je. Tapi dia ajak buat bisnes sekali. Bila dah dengar bisnes plan sume, saya rasa takde salahnya mencuba. Dan bermula la episod saya dengan bisnes Premium Beautiful ni....

So, sekarang saya dah ada dua bisnes, satu bisnes jual beg, satu lagi bisnes PB....Alhamdulillah. Doa saya dimakbulkan. Dapat bantu suami dan diri sendiri, terus dapat bantu ekonomi keluarga. Syukur....saya bertemu dengan kawan ni, yang banyak bantu saya, banyak yang saya dapat lepas buat bisnes ni. Dapat ilmu, dapat kawan, kelas pun free...saya sangat suka dengan suasana baru ni, sume orang positif. Kawan-kawan yang sentiasa support. 

Di kesempatan ni, saya nak ucapkanlah terima kasih kepada kawan-kawan saya yang bantu saya tatkala saya tercari-cari peluang untuk tingkatkan diri dan ekonomi keluarga saya. Kepada Azniza Arshad yang telah kenalkan saya dengan bisnes PB ni. Tak lupa juga Leader, Maisarah Ibrahim yang tak jemu-jemu beri kata semangat. Tak lupa juga kepada Zetty Hamimi yang beri peluang kepada saya jadi partner dalam bisnes jual beg. Korang memang best!! Moga kita terus maju dan membantu orang lain juga mencapai impian masing-masing..amin..

Sesiapa yang di luar sana nak tau macam mana cara buat duit melalui bisnes PB ni, ataupun nak share apa-apa saja tentang bisnes, pedulikan apa orang kata, teruskan niat yang baik tu kerana kita akan rugi kalau tak mencuba, kita lagi rugi kalau tak bertanya....

Maisarah Ibrahim dan Azniza Arshad

Saya dan Team


fiza120@gmail.com
013-6053352



Sunday 18 November 2012

GARAM BULUH - ALTERNATIF KE ARAH KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

Ramai yang masih lagi belum tahu tentang garam buluh ni, termasuklah saya sendiri. So, bila dah tahu ni, bolehlah saya 'share' kan?. :)

Mula-mula kita tengok berkenaan hadis Rasulullah S.A.W. tentang garam dan manfaatnya dalam kehidupan kita. Terdapat beberapa hadis tentang garam antaranya ialah:

^^dari Abdullah Bin Umar "sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam" - Hadis Riwayat Al-Baghawiy^^

^^Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam." - Hadis Riwayat Ibnu Majjah^^

^^Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam" - Hadis Riwayat Al-Bazzar^^

Berdasarkan hadis-hadis di atas, Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Bagina berkata: 

"Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila, kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja."

Walaubagaimanapun, masih ramai antara kita yang ambil mudah tentang perkara ini sehingga ramai yang menghidap penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok, jantung dan sebagainya. Oleh itu, jangan biarkan diri kita menjadi sebahagian dari mereka.

Masa kini banyak makanan yang dijual merupakan makanan yang diproses. Makanan-makanan ini telah dicampurkan dengan bahan kimia tertentu untuk mengekalkan rasa, warna, bentuk dan sebagainya. Tidak terkecuali juga dengan GARAM.

Mari kita lihat perbandingan di antara GARAM BULUH & GARAM BIASA

*GARAM BULUH - bersifat alkali (pH 10.5-11.0), mengandungi mineral yang tinggi seperti magnesium yang baik untuk jantung. Penghasilannya menggunakan garam air laut yang telah dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi, dibakar di dalam buluh bersama pokok pine sehingga menghasilkan ketulan dan serbuk garam buluh.


GARAM BULUH PREMIER DRINK


* GARAM BIASA dan GARAM BULUH adalah berbeza dari segi cara proses, kandungan mineral, PH kimia, rasa dan kesan-kesan ke atas kesihatan.

*GARAM BIASA - bersifat ASID, komposisi utama ialah Natrium Klorida.


GARAM BIASA / GARAM MAKAN


GARAM BULUH VS. GARAM BIASA

* Penting untuk kita tahu bahawa garam biasa akan membuatkan saluran darah kita dipenuhi dengan toksid kerana sifatnya yang berasid. Sifat asid ini sangat digemari oleh sel-sel kanser dalam badan kita.

* Sebaliknya, sifat alkali TIDAK digemari oleh sel-sel kanser. Di sinilah GARAM BULUH memainkan peranan sebagai penyumbang alkali dalam tubuh badan kita.

*Melalui pengalaman saya yang mempunyai suami penghidap strok, adalah amat sukar untuk membuang toksid di dalam badannya pada tempoh 1 tahun yang pertama. Saya percaya, GARAM BULUH ini akan dapat membantu beliau mendapat kembali kesihatannya sehingga ke tahap yang optimum. Semuanya dengan izin Allah...berikut saya kongsikan senarai penyakit yang mampu dirawat dengan garam buluh ini..


* semua peringkat umur boleh mendapat manfaat daripada GARAM BULUH ini dengan pengambilan sukatan yang berbeza bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

* senarai produk yang mengandungi GARAM BULUH ialah :

^^ GARAM BULUH PREMIER DRINK 

^^ GARAM BULUH PREMIER COOKING SALT POWDER

^^MINERAL COFFEE

*GARAM BULUH PREMIER COOKING SALT POWDER

*GARAM BULUH MINERAL COFFEE

Ok, untuk memberikan lebih pemahaman tentang bagaimana GARAM BULUH berfungsi dan bertindak, demo ini melengkapkan hasil tulisan saya untuk tatapan anda semua..

TERIMA KASIH KEPADA CMD MAISARAH IBRAHIM ATAS PERKONGSIAN VIDEO INI



vote for GARAM BULUH

Nurhafizah Abdullah
013-6053352
fiza120@gmail.com











Thursday 15 November 2012

Bermulanya Langkah Pertama...10 NOV 2012

Seminar SM/SSM - Green Leaders Group @ Holiday Inn, KL

 Pertama kali jejakkan kaki kat hotel ni..err..betul..dan  ini seminar usahawan yang pertama untuk diri sendiri...Alhamdulillah berjaya juga gagahkan diri untuk datang menimba ilmu...


seperti gelas yang kosong ni, macam tu jugalah saya dalam perniagaan...memang 'zero'..selama ni kerja makan gaji...tak pernah terfikir pun nak ada bisnes sendiri...jadi bos kepada diri sendiri..



dan hari tu saya memilih untuk bersama-sama dengan mereka..rakan-rakan baru dalam 'dunia' yang baru..cukup 'sporting' dan positif...bukan kami berempat sahaja..malah lebih ramai lagi....






sebenarnya cukup mudah, hanya perlukan keberanian, kehendak dan sedikit semangat untuk ceburi bidang ini..jika tak dimulakan dari sekarang, tiadalah langkah pertama...seperti budak kecil belajar berjalan, makin lama makin laju...begitu juga dengan kita, makin lama makin maju...insya Allah...

Pilihan ada pada kita......