MY STORY

Ini kisahku...

ku punya family yang lengkap, ada suami, ada anak....alhamdulillah...



gambar ni terbaru semasa raya tahun ni...yang di sebelah kanan sekali tu ialah ibu mertuaku.....

melihat gambar di atas, siapa pun takkan menyangka suamiku OKU.... umur kami sebaya, 31 tahun..

2 tahun yang lalu, suamiku ditimpa penyakit yang berat..iaitu STROK...bukan strok biasa, tetapi strok pendarahan yang menyebabkan suamiku lumpuh, ingatannya merosot dengan begitu teruk sekali..



Selama 2 bulan suamiku koma..tidak dapat berkomunikasi dengannya adalah suatu perkara yang memeritkan...namun ku redha walaupun dalam kepayahan....


Masa tu anak baru berumur 5 bulan, terpaksa ditinggalkan dengan tok dan tok ki..Alhamdulillah anak tak banyak meragam sepanjang tempoh mama tiada....



Gambar ni waktu suami baru sedar dari koma...Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami...ada tugas kami yang masih belum selesai di muka bumi ini...hanya Allah saja yang tahu...

Kehidupan diteruskan seperti biasa dan lebih kurang 3 minggu, suami dibenarkan pulang ke rumah, waktu tu dah boleh makan, minum, senyum...tapi percakapan tak berapa baik...



2 minggu lepas balik rumah...follow up dengan hospital...kena guna 'recliner wheel chair' sebab suami tak boleh bangun lagi..



Memang sukar bila tunggak utama keluarga tak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri, apatah lagi nak uruskan keluarga...

suatu perkara yang sukar bila kita tahu suami kita tak mampu bekerja...lagi2 sehingga waktu yang kita sendiri taktau...jika dengan izin Allah suami sembuh seperti sediakala, Alhamdulillah...syukur...namun jika sebaliknya...kami redha ya Allah...semoga kami bertemu semula di syurgaMu dengan penuh iman dan taqwa...

 Dan bermulalah episodku sebagai ketua keluarga.....

  



 

5 comments:

  1. Fiza,ujian dari Allah datang dalam pelbagai cara. Niza dan family akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat fiza,chunk sekeluarga... Insya'Allah kita buat sama-sama sampai berjaya dalam bisnes premium beautiful. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Syaa Allah...apa-apa yang kita buat memang menuntut komitmen yang tinggi...cuba sehabis baik...

      Delete
  2. sedehnya aku baca fiza..harap sangat shahril bleh sihat cam dulu balik..doa banyak2 ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih2 kisah aku ni, masih ada lagi orang yang kurang bernasib baik...kita hadapi dengan gembira...:)

      Delete
  3. salam fiza ( pijot) , hafiz (zack). awak terbaiek dari yang baik-baik .. seorg yg tabah menghadapi ujian.. teruskan fiza jgn putus semangat , sbb awak memang kuat selama 2 tahun nie.. ape pon sy doakan fiza sekeluarga berada dlm keadaan sihat2 di samping suami dan anak tercinta . lindungi dan peliharalah kehidupan keluarga agar terjamin dan sempurna seperti maksud yg ada pada kekuatan nama fiza sendiri ...

    ReplyDelete