Saturday, 23 February 2013

Garam buluh dan Sunquick

lama tak jenguk kat blog ni..lately sibuk dengan kerja kat ofis..kenduri kawen adik..sampai tak sempat2 dah nak maintain blog ni..huhu..

Now I'm back..hehe..back to business..

fiza just nak kongsi tips minum garam buluh..sekarang ni hubby fiza yang minum air garam buluh ni secara konsisten setiap hari..fiza minum jugak tapi berselang hari..

For info, garam buluh ni ada bau yang kurang menarik..so, untuk mengurangkan bau tu, fiza bancuhkan dengan sunquick..baru boleh minum dengan aman..:)

Bagi yang baru nak cuba, boleh guna sunquick sebagai perasa supaya kita tak rasa mual bila nak minum tu..

Fiza minum garam buluh ni untuk dapatkan magnesium. Magnesium ni mineral yang dapat bantu kekalkan kalsium dalam badan kita.

Biasala kan orang perempuan ni senang kena osteoporosis. Bila kita stress dan lagi2 time period, kalsium kita cepat hilang..

So, ini salah satu cara fiza jaga kalsium dalam badan..dan jangan lupa minum susu jugak untuk tambah kalsium ya...:)



Monday, 21 January 2013

SEKITAR SM & SSM AWARD..20 JAN 2013

Alhamdulillah hari Ahad lepas berpeluang untuk turut serta meraikan rakan kongsi di Anugerah SM & SSM bagi usahawan-usahawan muda...Majlis diadakan di Menara PGRM Cheras..

Satu pengalaman baru jugak untuk Fiza yang masih baru dalam dunia perniagaan. Macam biasa, Fiza dan partner ambil peluang untuk bergambar sama-sama...dan tak lepas peluang untuk bergambar dengan Hanis....ambil aura sikitt...hehe..



itu je lah nak cite setakat ni..nanti sambung...:)

*****









Saturday, 19 January 2013

JEJAK KASIH..SYUKUR

19 JANUARI 2013

Fiza jumpa kawan lama...yeay..syukur sangat sebab dah 10 tahun tak jumpa sejak habis belajar dulu...

Memang best dapat jumpa cik bebeq a.k.a ruzalina ni...orangnya ala2 vogue gitu...

So, macam-macam kitorang borak, dari hal family sampai ke bisnes..

Dia suka buat bisnes dari dulu lagi..pernah buat bisnes cleaning service, jual designer beg and now tengah venture into restaurant bisnes..

So, lepas ni harapan fiza dapat jumpa dia lebih kerap lagi..dan dapat jalan-jalan cari pasal..eh, heheh..

Lepas jumpa, fiza hantar dia balik ke hotel The Zone..

Ni la gambar yang sempat kitorang snap...





Yang kat tangan cik bebeq tu ada beberapa barang seperti korset, PB wash dan BBplus collagen..dan satu extra free gift untuk en. husband dia....hehe..

Suka sangat dapat jumpa..syukur alhamdulillah...itulah istimewanya bisnes ni, sebab dapat jumpa semula kawan-kawan lama..eratkan silaturrahim..

kepada cik bebeq, terima kasih banyak-banyak, nanti kita jumpa lagi kita ambil gambar banyak-banyak ok. Next time dengan make up cantik-cantik..hehe..

*****










CARA UKUR - KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Fiza nak share cara-cara nak ukur korset Premium Beautiful sebab ada yang nak saiz m, s dan macam-macam lagi. 

Korset ni direka eksklusif dan ada saiz tertentu yang disediakan untuk pelbagai saiz badan wanita. 

Penting untuk kita tahu cara untuk ukur saiz badan kita kerana setiap orang mempunyai saiz badan yang berbeza. Korset Premium Beautiful tidak ada saiz S, M, L atau XL. Lagipun, saiz badan kita sendiri dari atas ke bawah tak sama. Contohnya, ada yang saiz bahagian atas besar, tapi pinggul kecil. Ada juga yang sebaliknya. Ada yang sama dari atas ke bawah. Straight gitu...

Ada macam-macam jenis saiz badan macam contoh di bawah ni:



Itu yang istimewa tentang korset Premium Beautiful ini sebab ianya diukur mengikut saiz badan seseorang. 

Ikuti langkah berikut untuk mendapat ukuran yang betul:


Bagi ukuran pinggang (No. 3) tu kalau tak pasti kedudukan pinggang tu, boleh luruskan tangan, dan bahagian yang selaras dengan siku tu adalah pinggang anda.

****






Friday, 18 January 2013

KELAS GLAM 18 JANUARI 2013

Semalam saya ke kelas lagi. Seronok datang kelas ni bukan sebab apa, sebab dapat jumpa kawan-kawan yang semuanya 'business minded'. Orang 'business minded' ni fikiran sentiasa positif. So, banyak la cas-cas positif yang secara tak langsung dapat kita serap bila kita pergi kelas. Saya dapat jumpa kawan-kawan baru, selain daripada kawan-kawan pejabat.

Produk yang terpilih semalam adalah 'killer product' iaitu tidak lain tidak bukan ialah korset Premium Beautiful. 

Kali ni, ilmu dikongsi oleh bakal DDM Admie Shuhada yang rekodnya setakat ini telah menjual korset ini secara cash sebanyak 8-10 unit setiap bulan. Ya, setiap bulan. Wow...a big wow for her...Beliau banyak share pasal testmoni dari pelanggan beliau sendiri. Sedikit sebanyak dapat tambah ilmu tentang produk ni.

Kelas penuh macam biasa. Acara kemuncak ialah bila kami sama-sama menyambut kelahiran CDM baru iaitu CDM Roslida Md Jani dari Terengganu yang bernaung di bawah CDM Nurul Aini. 

Kagum dengan CDM baru ni sebab selang sebulan sahaja beliau telah mengikut jejak langkah pemimpinnya sendiri, CDM Nurul Aini yang  baru sahaja dinaikkan pangkat CDM pada bulan November yang lalu. Beliau dinaikkan ke CDM pada bulan Disember menjadikan jumlah CDM yang lahir pada tahun 2012 adalah seramai 10 orang.

Satu jumlah yang sangat besar. Saya tumpang gembira dengan kejayaan mereka. 

CDM Nurul Aini sempat berkongsi pengalaman beliau sendiri tentang pentingnya angan-angan dalam menjalankan perniagaan ni. Bila ada angan-angan, kita kena usaha untuk jadikan angan-angan tu satu kenyataan. Jangan jadi macam angan-angan Mat Jenin.

Lepas tu satu lagi CDM Roslida pesan, jangan jadikan jarak satu alasan untuk tidak hadir ke kelas atau apabila pemimpin ajak berbincang. Sebab dalam GLAM pemimpin sentiasa berikan komitmen kadang-kadang sampai 200%. Mana ada bisnes yang pemimpin ajar dari A sampai Z. Sanggup redah siang malam, pandu kereta sendiri jauh-jauh dari KL sampai Terengganu untuk pandaikan kita macam CDM Maisarah bantu dia. Pengorbanan mereka amat banyak semata-mata nak tengok kita pandai berdikari untuk jalankan bisnes kita sendiri. 

Bak kata CDM Hanis, mereka lebih dulu rasa kesusahan dan kepayahan dalam bisnes ini, so mereka dah tahu apa yang perlu dibuat dan tak perlu dibuat. Kita cuma perlu sediakan diri untuk timba ilmu sebanyak-banyaknya. Jalan untuk berjaya dah terbuka. Kita cuma perlu ikut sahaja.

Itulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan kat sini. 


Tahniah CDM Roslida Md Jani


Hiasan Pulut Kuning yang kreatif


Meraikan pemenang 100G award, car fund dan CDM fresh from oven...


Bila tengok gambar ni rasa semangat nak teruskan bisnes...

Ubah kehidupan kita untuk ke arah yang lebih baik...







Thursday, 17 January 2013

SAYA DAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL - TESTIMONI

Dua hari lepas saya ada cerita pengalaman suami menggunakan bengkung premium beautiful kan...


hari ini saya share pasal pengalaman saya pula ya..

saya gunakan kesemua 3 pieces iaitu long bra, long girdle, waist nipper.


Disebabkan saya ni tak pernah guna korset, so agak janggal nak sarungkan ketiga-tiga item ni tadi...

tapi lepas pakai, rasa tak nak buka pulak..hehe..

Saya bukan pakai untuk suka-suka..ada sebabnya..sebab utama ialah sakit pinggang...akibat daripada menyabit rumput di rumah Sunway Kayangan...

tapi sebelum tu memang saya rasa sakit-sakit badan, sebab banyak tolong suami, angkat, alih badan dia masa dia tak sedar dulu. Lepas tu dia tak boleh bangun semua tu, lama juga, ada dalam setahun..

So, amazingly, saya baru je pakai korset tu tak sampai 8 jam, sengal-sengal kat tulang belakang tu dah hilang terus..sampai sekarang...hmmm..

yang paling best korset ni bantu saya untuk angkat barang berat dengan mudah..macam wheelchair tu kan..

Alhamdulillah, postur badan saya pun makin baik, bila duduk saya dah tak bongkok..begitu juga bila berjalan...:)












HAPPY...:)

Nak tau kenapa saya happy? 

Sebenarnya encik suami beberapa hari ni ada buat benda yang saya tak sangka..hehe..

Yelah, untuk orang sedang pulih daripada strok, dia dah buat perkara yang saya happy...

mula-mula dia upload gambar kat instagram



hehe..bagi saya gambar ni terbalik, tapi bila tengok banyak kali, ni la skill namanya...bayangkan fotographer nak pegang kamera tu macam mana...:)

cerita tak habis kat sini sahaja..tiba-tiba tengah hari tadi masa saya tengah buat kerja, dia call....mmm..video call!..aik, macam mana dia lagi advance pulak ni...saya pun jarang guna video call tu...huhu

syukur..at least saya tahu dia sedang berusaha menjadi lebih baik...:)