Friday, 18 January 2013

KELAS GLAM 18 JANUARI 2013

Semalam saya ke kelas lagi. Seronok datang kelas ni bukan sebab apa, sebab dapat jumpa kawan-kawan yang semuanya 'business minded'. Orang 'business minded' ni fikiran sentiasa positif. So, banyak la cas-cas positif yang secara tak langsung dapat kita serap bila kita pergi kelas. Saya dapat jumpa kawan-kawan baru, selain daripada kawan-kawan pejabat.

Produk yang terpilih semalam adalah 'killer product' iaitu tidak lain tidak bukan ialah korset Premium Beautiful. 

Kali ni, ilmu dikongsi oleh bakal DDM Admie Shuhada yang rekodnya setakat ini telah menjual korset ini secara cash sebanyak 8-10 unit setiap bulan. Ya, setiap bulan. Wow...a big wow for her...Beliau banyak share pasal testmoni dari pelanggan beliau sendiri. Sedikit sebanyak dapat tambah ilmu tentang produk ni.

Kelas penuh macam biasa. Acara kemuncak ialah bila kami sama-sama menyambut kelahiran CDM baru iaitu CDM Roslida Md Jani dari Terengganu yang bernaung di bawah CDM Nurul Aini. 

Kagum dengan CDM baru ni sebab selang sebulan sahaja beliau telah mengikut jejak langkah pemimpinnya sendiri, CDM Nurul Aini yang  baru sahaja dinaikkan pangkat CDM pada bulan November yang lalu. Beliau dinaikkan ke CDM pada bulan Disember menjadikan jumlah CDM yang lahir pada tahun 2012 adalah seramai 10 orang.

Satu jumlah yang sangat besar. Saya tumpang gembira dengan kejayaan mereka. 

CDM Nurul Aini sempat berkongsi pengalaman beliau sendiri tentang pentingnya angan-angan dalam menjalankan perniagaan ni. Bila ada angan-angan, kita kena usaha untuk jadikan angan-angan tu satu kenyataan. Jangan jadi macam angan-angan Mat Jenin.

Lepas tu satu lagi CDM Roslida pesan, jangan jadikan jarak satu alasan untuk tidak hadir ke kelas atau apabila pemimpin ajak berbincang. Sebab dalam GLAM pemimpin sentiasa berikan komitmen kadang-kadang sampai 200%. Mana ada bisnes yang pemimpin ajar dari A sampai Z. Sanggup redah siang malam, pandu kereta sendiri jauh-jauh dari KL sampai Terengganu untuk pandaikan kita macam CDM Maisarah bantu dia. Pengorbanan mereka amat banyak semata-mata nak tengok kita pandai berdikari untuk jalankan bisnes kita sendiri. 

Bak kata CDM Hanis, mereka lebih dulu rasa kesusahan dan kepayahan dalam bisnes ini, so mereka dah tahu apa yang perlu dibuat dan tak perlu dibuat. Kita cuma perlu sediakan diri untuk timba ilmu sebanyak-banyaknya. Jalan untuk berjaya dah terbuka. Kita cuma perlu ikut sahaja.

Itulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan kat sini. 


Tahniah CDM Roslida Md Jani


Hiasan Pulut Kuning yang kreatif


Meraikan pemenang 100G award, car fund dan CDM fresh from oven...


Bila tengok gambar ni rasa semangat nak teruskan bisnes...

Ubah kehidupan kita untuk ke arah yang lebih baik...







Thursday, 17 January 2013

SAYA DAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL - TESTIMONI

Dua hari lepas saya ada cerita pengalaman suami menggunakan bengkung premium beautiful kan...


hari ini saya share pasal pengalaman saya pula ya..

saya gunakan kesemua 3 pieces iaitu long bra, long girdle, waist nipper.


Disebabkan saya ni tak pernah guna korset, so agak janggal nak sarungkan ketiga-tiga item ni tadi...

tapi lepas pakai, rasa tak nak buka pulak..hehe..

Saya bukan pakai untuk suka-suka..ada sebabnya..sebab utama ialah sakit pinggang...akibat daripada menyabit rumput di rumah Sunway Kayangan...

tapi sebelum tu memang saya rasa sakit-sakit badan, sebab banyak tolong suami, angkat, alih badan dia masa dia tak sedar dulu. Lepas tu dia tak boleh bangun semua tu, lama juga, ada dalam setahun..

So, amazingly, saya baru je pakai korset tu tak sampai 8 jam, sengal-sengal kat tulang belakang tu dah hilang terus..sampai sekarang...hmmm..

yang paling best korset ni bantu saya untuk angkat barang berat dengan mudah..macam wheelchair tu kan..

Alhamdulillah, postur badan saya pun makin baik, bila duduk saya dah tak bongkok..begitu juga bila berjalan...:)












HAPPY...:)

Nak tau kenapa saya happy? 

Sebenarnya encik suami beberapa hari ni ada buat benda yang saya tak sangka..hehe..

Yelah, untuk orang sedang pulih daripada strok, dia dah buat perkara yang saya happy...

mula-mula dia upload gambar kat instagram



hehe..bagi saya gambar ni terbalik, tapi bila tengok banyak kali, ni la skill namanya...bayangkan fotographer nak pegang kamera tu macam mana...:)

cerita tak habis kat sini sahaja..tiba-tiba tengah hari tadi masa saya tengah buat kerja, dia call....mmm..video call!..aik, macam mana dia lagi advance pulak ni...saya pun jarang guna video call tu...huhu

syukur..at least saya tahu dia sedang berusaha menjadi lebih baik...:)



Monday, 14 January 2013

PERKEMBANGAN SUAMI DENGAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Gambar ketika suami menggunakan Waist Nipper Premium Beautiful

Satu perubahan yang ketara ketika suami memakai korset premium beautiful ialah sewaktu beliau duduk. 

Postur badan nampaknya semakin baik. Bengkung Premium Beautiful ni membantu beliau untuk duduk dengan tegak sebab bengkung ni menyokong bahagian pinggang.

Sebelum Memakai Bengkung
Selepas Memakai Bengkung

Gambar kat atas ni nampak bahagian pinggang lebih tegap berbanding gambar sebelumnya kan.

Antara perkara lain yang saya perasan semasa suami memakai bengkung Premium Beautiful ialah:

* beliau tidak merungut sakit di mana-mana bahagian badan, bermakna beliau selesa dengan material korset dan memberi beliau fleksibiliti untuk bergerak 360 darjah.

* selepas 2 minggu, perut beliau semakin kempis.

2 perkara ini telah beri perubahan kepada suami. 

Tidak rugi untuk mencuba dan inilah hasil yang saya perolehi melalui ikhtiar saya menggunakan korset ini.

Owh, sebelum saya terlupa, staf di pusat fisioterapi juga ada memberikan pandangan beliau bahawa bengkung ini boleh digunakan bila-bila masa samaada ketika berbaring, duduk dan berdiri. Sesuai untuk pesakit seperti suami saya yang tidak boleh berjalan yang mana bengkung yang dijual di farmasi hanya sesuai untuk duduk dan berdiri sahaja dan tidak sesuai untuk baring.

Buatlah pilihan yang tepat dan selamat mencuba..:)


***

sms/call/whatsapp
0136053352
email
fiza120@gmail.com

***





Bertuah dan GLOW Session

Syukur dapat hadir ke Green Leaders Orientation Workshop (13 Januari 2013).

Minggu ni giliran kumpulan CDM Maisarah Ibrahim untuk hadir menimba ilmu dalam internet bisnes.

Tak rugi berada dalam bisnes ni sebab pemimpin memang selalu ada untuk beri tunjuk ajar ketika kita memerlukan bantuan mereka. 

Bukan sahaja ilmu tentang produk, ilmu kepimpinan, pengurusan masa, disiplin dan beberapa lagi perkara lain yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti dan keterampilan diri kita dalam perniagaan.

Untuk menjadi orang yang berjaya, sikap kita yang paling utama yang perlu diubah. Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, kita harus ingat hidup ini perlukan pengorbanan. 

Ahli perniagaan yang berjaya adalah orang yang kenal dirinya sendiri, apa yang perlu dibuat dan perlu ditinggalkan. 

Apa yang perlu diubah bergantung kepada individu kerana keperluan setiap individu itu berbeza.

Pemimpin telah lalui banyak pengalaman pahit manis, dan sebab itulah mereka lebih tahu apa yang diperlukan. Bagi membantu kami, mereka telah sediakan jalan yang mudah dan platform untuk kita berubah menjadi yang lebih baik.

Slot CDM Maisarah Ibrahim

   
CDM Maisarah Ibrahim - GLAM versi biru..:)



kami bergambar selepas kelas


****
Ingin sertai kami boleh hubungi Fiza

call/sms/whatsapp 
 0136053352
email
fiza120@gmail.com

****



Sunday, 13 January 2013

SIAPA NAK IKUT TRIP KE SHANGHAI...

Trip ke Shanghai 2013

Masuk je tahun baru, ada pakej baru...

Syarikat tawarkan trip percuma ke Shanghai...

Macam mana rupanya Shanghai tu ya...


Bangunan-bangunan pencakar langit 


dari sudut lain


Owh, bangunan Mickey Mouse pun ada juga..


Bunga-bunga di Shanghai..eh, macam bendera lah...


Yang ini Shanghai Old Town..bukan PJ je ada old town tau...:p


Antara acara kebudayaan di Shanghai..redah je la nanti..


Rasanya ini pau...macam-macam jenis pau ada...saya tertarik dengan bentuk pau ni unik..nak tau lagi banyak makanan di shanghai kena la tengok Rasa Halal Orient...hehehehe...

haa...satu lagi..jeng jeng jeng...


Ketam Shanghai....hehehe...ni kat Malaysia pun ada..tapi dah buang kulit la biasanya...cara masak lain-lain..


hmm..dah ambil feeling dah sikit-sikit....:)))

Ya, trip ni PERCUMA...bawa wang poket untuk shopping bagi yang shopaholic sahaja...

***

Nurhafizah Abdullah
sms/call/whatsapp : 0136053352
fiza120@gmail.com

*****












Saturday, 12 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 MASIHI

Selamat Tahun Baru semua....

Tahun 2013 dah masuk hari yang ke 12. Sekejap nya masa belalu kan. Ya, masa dah semakin cepat berlalu. Jika ada azam baru, cepat-cepat mulakan ya. Kita sudah tidak boleh tunggu lagi. Takut nanti kita ketinggalan. Masa tidak tunggu kita.

Untuk sesetengah yang lain, ada yang telah mula berazam baru masa awal Muharram lagi. Bulan Hijrah. Waktu itu ramai juga yang telah mulakan langkah untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Apa pun azam kita, perlu seiring dengan tindakan dan juga sentiasa konsisten serta istiqamah ya. Memang banyak halangan tetapi jika kita lakukan dengan sungguh-sungguh, mesti boleh berjaya. Cuma lambat atau cepat itu bukan di atas kawalan kita. Banyakkan berdoa. Banyakkan sedekah. 

Ok, saya juga ada azam baru dan ia telah pun dimulakan. Saya ingin jadi seorang yang berupaya untuk memberikan kebaikan kepada orang lain. Walau pun sedikit, sekurang-kurangnya saya cuba lakukan juga. Ya, dengan azam yang tinggi dan tindakan yang betul serta konsisten, saya yakin dan percaya saya akan dapat lakukannya. Pucuk pangkalnya, saya perlu betulkan diri saya terlebih dahulu.

Saya percaya anda juga begitu. Saya doakan semuanya baik dan berjalan lancar pada tahun ini dan seterusnya untuk kita semua. Amin....