Monday, 14 January 2013

PERKEMBANGAN SUAMI DENGAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Gambar ketika suami menggunakan Waist Nipper Premium Beautiful

Satu perubahan yang ketara ketika suami memakai korset premium beautiful ialah sewaktu beliau duduk. 

Postur badan nampaknya semakin baik. Bengkung Premium Beautiful ni membantu beliau untuk duduk dengan tegak sebab bengkung ni menyokong bahagian pinggang.

Sebelum Memakai Bengkung
Selepas Memakai Bengkung

Gambar kat atas ni nampak bahagian pinggang lebih tegap berbanding gambar sebelumnya kan.

Antara perkara lain yang saya perasan semasa suami memakai bengkung Premium Beautiful ialah:

* beliau tidak merungut sakit di mana-mana bahagian badan, bermakna beliau selesa dengan material korset dan memberi beliau fleksibiliti untuk bergerak 360 darjah.

* selepas 2 minggu, perut beliau semakin kempis.

2 perkara ini telah beri perubahan kepada suami. 

Tidak rugi untuk mencuba dan inilah hasil yang saya perolehi melalui ikhtiar saya menggunakan korset ini.

Owh, sebelum saya terlupa, staf di pusat fisioterapi juga ada memberikan pandangan beliau bahawa bengkung ini boleh digunakan bila-bila masa samaada ketika berbaring, duduk dan berdiri. Sesuai untuk pesakit seperti suami saya yang tidak boleh berjalan yang mana bengkung yang dijual di farmasi hanya sesuai untuk duduk dan berdiri sahaja dan tidak sesuai untuk baring.

Buatlah pilihan yang tepat dan selamat mencuba..:)


***

sms/call/whatsapp
0136053352
email
fiza120@gmail.com

***





Bertuah dan GLOW Session

Syukur dapat hadir ke Green Leaders Orientation Workshop (13 Januari 2013).

Minggu ni giliran kumpulan CDM Maisarah Ibrahim untuk hadir menimba ilmu dalam internet bisnes.

Tak rugi berada dalam bisnes ni sebab pemimpin memang selalu ada untuk beri tunjuk ajar ketika kita memerlukan bantuan mereka. 

Bukan sahaja ilmu tentang produk, ilmu kepimpinan, pengurusan masa, disiplin dan beberapa lagi perkara lain yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti dan keterampilan diri kita dalam perniagaan.

Untuk menjadi orang yang berjaya, sikap kita yang paling utama yang perlu diubah. Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, kita harus ingat hidup ini perlukan pengorbanan. 

Ahli perniagaan yang berjaya adalah orang yang kenal dirinya sendiri, apa yang perlu dibuat dan perlu ditinggalkan. 

Apa yang perlu diubah bergantung kepada individu kerana keperluan setiap individu itu berbeza.

Pemimpin telah lalui banyak pengalaman pahit manis, dan sebab itulah mereka lebih tahu apa yang diperlukan. Bagi membantu kami, mereka telah sediakan jalan yang mudah dan platform untuk kita berubah menjadi yang lebih baik.

Slot CDM Maisarah Ibrahim

   
CDM Maisarah Ibrahim - GLAM versi biru..:)



kami bergambar selepas kelas


****
Ingin sertai kami boleh hubungi Fiza

call/sms/whatsapp 
 0136053352
email
fiza120@gmail.com

****



Sunday, 13 January 2013

SIAPA NAK IKUT TRIP KE SHANGHAI...

Trip ke Shanghai 2013

Masuk je tahun baru, ada pakej baru...

Syarikat tawarkan trip percuma ke Shanghai...

Macam mana rupanya Shanghai tu ya...


Bangunan-bangunan pencakar langit 


dari sudut lain


Owh, bangunan Mickey Mouse pun ada juga..


Bunga-bunga di Shanghai..eh, macam bendera lah...


Yang ini Shanghai Old Town..bukan PJ je ada old town tau...:p


Antara acara kebudayaan di Shanghai..redah je la nanti..


Rasanya ini pau...macam-macam jenis pau ada...saya tertarik dengan bentuk pau ni unik..nak tau lagi banyak makanan di shanghai kena la tengok Rasa Halal Orient...hehehehe...

haa...satu lagi..jeng jeng jeng...


Ketam Shanghai....hehehe...ni kat Malaysia pun ada..tapi dah buang kulit la biasanya...cara masak lain-lain..


hmm..dah ambil feeling dah sikit-sikit....:)))

Ya, trip ni PERCUMA...bawa wang poket untuk shopping bagi yang shopaholic sahaja...

***

Nurhafizah Abdullah
sms/call/whatsapp : 0136053352
fiza120@gmail.com

*****












Saturday, 12 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 MASIHI

Selamat Tahun Baru semua....

Tahun 2013 dah masuk hari yang ke 12. Sekejap nya masa belalu kan. Ya, masa dah semakin cepat berlalu. Jika ada azam baru, cepat-cepat mulakan ya. Kita sudah tidak boleh tunggu lagi. Takut nanti kita ketinggalan. Masa tidak tunggu kita.

Untuk sesetengah yang lain, ada yang telah mula berazam baru masa awal Muharram lagi. Bulan Hijrah. Waktu itu ramai juga yang telah mulakan langkah untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Apa pun azam kita, perlu seiring dengan tindakan dan juga sentiasa konsisten serta istiqamah ya. Memang banyak halangan tetapi jika kita lakukan dengan sungguh-sungguh, mesti boleh berjaya. Cuma lambat atau cepat itu bukan di atas kawalan kita. Banyakkan berdoa. Banyakkan sedekah. 

Ok, saya juga ada azam baru dan ia telah pun dimulakan. Saya ingin jadi seorang yang berupaya untuk memberikan kebaikan kepada orang lain. Walau pun sedikit, sekurang-kurangnya saya cuba lakukan juga. Ya, dengan azam yang tinggi dan tindakan yang betul serta konsisten, saya yakin dan percaya saya akan dapat lakukannya. Pucuk pangkalnya, saya perlu betulkan diri saya terlebih dahulu.

Saya percaya anda juga begitu. Saya doakan semuanya baik dan berjalan lancar pada tahun ini dan seterusnya untuk kita semua. Amin....






Tuesday, 25 December 2012

KISAH ANAKKU NAJLA

Najla baru sampai dari bercuti ke Gambang dan Terengganu tadi. Sampai-sampai rumah, dia menangis. Rupanya rindu mama...huhu..Kesian dia dari hari Sabtu tinggalkan mama dan babah. 

Sebenarnya memang dia yang nak ikut atuk dan tok ki jalan-jalan. Boleh mandi kolam dengan sepupu dia. Baru-baru ni ambil gambar dia, saja buat muka comel. Geram.

Apa boleh buat, dia seorang sahaja buah hati mama dan babah. Manja. Paling suka tidur dengan atuk sebab ada aircond. Kecil-kecil dah pandai 'demand'. :)


Inilah antara aksi Najla. Tahun depan 3 tahun. Sibuk minta hantar pergi sekolah. Kalau tengok dia berkawan dengan budak yang umur lebih tua, dia boleh get along dan sesuaikan diri. Cepatnya anak besar kan. Dia faham babah dia sakit. Bila tengok ubat ke atau air penawar ke, mesti dia kata itu air ubat babah ye? :)

Seronok tengok anak membesar. Macam-macam kerenah. Dia faham bila mama banyak tolong babah daripada teman dia. Walaupun macam mana pun, Fiza tetap cuba luangkan masa untuk dia. Sekejap pun jadilah. Yang penting masa yang berkualiti.

Dalam keadaan sekarang ini, Fiza tak boleh lengah-lengah lagi. Banyak benda kena buat cepat. On time. Kalau tidak, memang Fiza akan terlepas banyak perkara. 

Macam suami, dia banyak terlepas waktu pembesaran Najla. Masa Najla pandai jalan, dia masih di hospital. Tapi sekarang, hari-hari dia teman dan jaga Najla. Itulah hikmahnya. Sebulan dua waktu yang terlepas tu, Allah gantikan dengan berbulan-bulan. Cuma tinggal suami perlu belajar ambil hati Najla. Bab ini belum mahir lagi. Harapnya sikit waktu lagi lah. In syaa Allah.

Najla pun sekarang dah pandai ikut apa yang orang buat.  Ada sekali tu atuk dia nak pegi kenduri pakai baju kurung, dia pun nak pakai baju kurung juga. Jenuh lah atuk layan. Orang pakai tudung, dia pun pakai tudung. Belum masuk bab pilih baju. Kalau dia tak nak, dia ambil baju lain. Seluar lain. Suka hatilah, janji pakai baju kan. :)

Babah tolong pangku Najla sebab mama tengah drive......

Cuba tengok video ni...


Najla in action....:D




Friday, 21 December 2012

JOM JANA PENDAPATAN SENDIRI...

Assalamualaikum w.b.t

Semalam fiza dapat berita gembira dari PB buyer fiza yang seorang ni. Dia whatsapp beritahu fiza dia dah bank in RM600, instead of RM200 seperti yang dipersetujui dalam perjanjian yang kami meterai sebelum ini.

Wow, dia sangat baik dan selalu dia antara orang pertama yang buat bayaran setiap bulan. Memang on time. Buyer yang lain pun sama, semua bagus-bagus. Fiza suka deal dengan orang macam ni.

Tak dinafikan fiza pun ada rasa risau mula-mula nak bisnes dulu. Takut, siapa lah yang hendak beli korset. Ramai ke orang yang pakai korset? Ada ke yang nak beli mahal-mahal macam ni? Macam biasa, bila kita nekad, kita mesti nak buat. So, Fiza beritahu partner fiza, ok, fiza nak buat. Nak cuba. Online.

Lepas tu Niza ajar step by step macam mana nak create blog, up status dalam FB, instagram semua tu. Mula-mula memang kekok. Status macam mana nak buat ni. Biasa up status just tulis apa yang kita rasa, share gambar semua tu...tapi bila dah start bisnes, macam-macam benda kena alert, kena tau selok belok online bisnes ni..

Orang kata sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Fiza buat slowly, then dah mula nampak hasil..Wah, seronok juga. Bukan apa, seronok sebab Fiza boleh guna kreativiti sendiri terutamanya bila masuk bab design dan edit. Suka sangat...kredit to Niza..



Fiza juga rasa bertuah sebab ada leader seperti Maisarah...dia yang buka peluang kepada Niza dan seterusnya kepada Fiza juga...



Bila kita tengok kawan-kawan dalam team kita semua positif,  bagi support, kita terus semangat nak teruskan. Rupanya dalam bisnes ni, kena lakukan secara berkumpulan. Jualan dikira secara berkumpulan. Bukan kita buat sendiri-sendiri. Setiap orang harus sumbangkan hasil usaha sendiri. Bila digabungkan, itu yang boleh pergi MELANCONG tu... 

^^^^

So, bulan ni sahaja fiza dapat :
gaji + bonus kerja + bonus bisnes + payment from buyer

^^^
jom jana pendapatan sendiri...jangan lepaskan peluang untuk dapat RM4500 pertama sebab peluang ini hanya dibuka sehingga 31 Disember 2012 sahaja.

^^^
kepada anda yang berminat dengan bisnes, boleh hubungi fiza melalui :

email : fiza120@gmail.com
@
call/sms/whatsapp : 013.6053352

^^^

Yang berminat dengan PB korset, fiza terima :

tunai | kad kredit | ansuran







Thursday, 20 December 2012

ISTIKHARAH...SATU KEMESTIAN?

Bismillahirahmaanirrahim....

Berada di dua persimpangan, mana satu yang jadi pilihan? Jalan kiri atau kanan? Takut jalan mati? Berpatah balik? Banyak persoalan dari jawapan.

Persimpangan yang menentukan jalan bahagia atau jalan buntu. Saya akui, dalam banyak-banyak keputusan yang saya ambil, terkadang saya terlupa untuk solat istikharah. Bimbang ianya banyak mengikut perasaan. Kini saya sedar. Banyak hikmah di sebalik solat istikharah.

Sejujurnya sebelum saya menyertai GLAM, saya tidak buat solat istikharah. Saya cuma berdoa di dalam setiap solat agar Allah berikan saya jalan keluar. Jalan yang membolehkan saya membayar segala hutang piutang saya dan suami, jalan yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga saya termasuk untuk keperluan suami dan anak, juga ibu bapa saya. 

Sehinggalah satu ketika dipendekkan cerita, saya beranikan diri untuk bertanya kawan tentang bisnes yang beliau  sedang lakukan. Pertemuan diatur dan beliau menerangkan satu persatu. Selepas pertemuan itu, banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. Saya kerap bertanya. Macam mana? Apa? Semua. Saya mahu setiap ketidakpastian saya ada jawapan. Dan saya terkejut. SEMUA persoalan saya dijawab. Saya dah lama mencari jawapan sebab perniagaan ini banyak cerita di sebaliknya. Ramai yang terkena.

Saya ikut kata hati. Saya kena cuba. Hadir ke kelas. Sampaikan saya tidak boleh tidur selepas saya berjumpa dengannya.

Ini kemuncaknya. Satu hari selepas genap sebulan saya mulakan perniagaan ini, sekali lagi hati saya terdetik sama ada hendak teruskan atau tidak. Saya memang buntu. Bukan senang hendak berniaga. Ada orang yang memang rezekinya mudah dengan berniaga. Adakah saya dalam kategori itu? Saya tidak percaya saya boleh buat. Tiada siapa yang tahu. Malam itu saya nekad. Saya buat solat istikharah minta Allah berikan saya petunjuk, saya berdoa begini "Ya Allah, aku mohon agar Engkau berikan aku jalan, sekiranya perniagaan ini baik untukku dan agamaku, Engkau bantulah aku untuk mengusahakannya. Jika sebaliknya, Engkau jauhkanlah ia daripadaku."

Saya bukan insan yang sempurna. Mungkin ada kesilapan dalam doa tersebut. Maafkan saya. Ajarilah saya. Malam itu juga saya telah bermimpi seseorang datang kepada saya dan memberitahu saya begini "jika ada qudrat, teruskan perjuangan". Dan selepas itu ada lagi kesinambungan mimpi di mana kereta yang saya pandu tiba-tiba terhenti di tengah jalan. Kehabisan minyak. Bila saya toleh ke kiri, saya terus ternampak sebuah stesyen minyak. Masya Allah. Subhanallah. Apakah maksudnya?

Apabila saya tersedar, saya seperti mendapat semangat baru. Mungkin Allah makbulkan doa ibu bapa, suami, keluarga dan rakan-rakan supaya mudahkan kami hadapi ujian, Dia menolong suami melalui saya sendiri, mungkin melalui saya juga, Allah mahu saya bantu yang lain. Saya mula sedar. Apa niat saya sebenarnya?

Sejak dari itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya ingin terus berjuang demi mereka yang ada di sekeliling saya.    

Saya sukakan lagu ini, Kasih Padamu dendangan Hafiz Hamidun. Lagu ini beri saya inspirasi. Hayati lirik lagu ini:


"Kasih Padamu" - Hafiz Hamidun 

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..



Lagu dan lirik ini memang beri kesan kepada saya.  Terima kasih kepada kawan saya yang beri saya peluang walaupun saya bukan siapa-siapa.




Terima Kasih Allah!!

^^^^^

fiza120@gmail.com
013.6053352