Thursday 29 November 2012

Saya dan Bisnes


Cerita pasal korset ni, saya dah lama tahu. Cuma dulu tak ambil peduli sebab masa tu rasa tak perlu. Pakai la apa yang ada. Macam biasa, bila tak ambil peduli memang tak minat nak tau segala macam mak nenek yang berkaitan produk tu. Lagipun saya bukan pengguna tegar korset-korset ni.

Dipendekkan cerita, sejak suami sakit, saya dah bawa dia berubat ke merata tempat. Ada seorang ustaz sarankan saya belikan bengkung untuk protect tulang belakang sebab bahagian pinggang suami tak kuat. Punca ni yang menyebabkan suami saya lumpuh. Saya pun beli yang di farmasi bengkung yang biasa untuk lumber support. Tapi bila pakai, suami tak selesa sebab bengkung tu keras dan rigid, dia memang tak nak pakai langsung. Sudahnya, tersadai macam tu je dan saya pun takde la cari bengkung lain.

Nak dijadikan cerita, bila suami dah tak kerja, saya mula terfikir macam mana nak tambah pendapatan, pada masa yang sama saya boleh jaga kesihatan suami. Sebab produk penjagaan kesihatan memang mahal sekarang ni. Kos-kos ubat homopati pun dah beratus-ratus sebulan. Nasib baik ubat-ubat hospital saya boleh guna kad gomen.

Lama-lama fikir boleh naik pening dibuatnya, macam mana nak buat ni, belanja makin banyak, duit makin susut. Sampai bila? Tak boleh jadi. Satu je jalan, kena buat part time. Tapi nak keje ape? Sapa pulak nak jaga suami dan anak? Buntu.Terbantut lagi. Nak meniaga? Nak jual apa?

Terfikir nak buat kerja dari rumah, sebab boleh tengok-tengokkan suami dan anak sekali. Hmmm, banyak sangat tapinya. Last2, cite kat kawan ofis nak cari keja part time. Tak sangka pulak dia terus ajak join jual beg. Tak kisah la online ke apa. Yang penting, nak bayar hutang- hutang yang menimbun, nak ada extra cash untuk belanja rumah dan banyak lagi. So, start dengan jual beg, saya mula jual dengan kawan-kawan ofis, kawan-kawan sekolah pun support dan start jual online melalui blog jugak. Alhamdulillah, nampak hasilnya.

Lepas tu, ada seorang kawan ni, promote korset dan bisnes. Saya pun plan la nak jumpa dia. Niat di hati nak beli bengkung untuk suami je. Tapi dia ajak buat bisnes sekali. Bila dah dengar bisnes plan sume, saya rasa takde salahnya mencuba. Dan bermula la episod saya dengan bisnes Premium Beautiful ni....

So, sekarang saya dah ada dua bisnes, satu bisnes jual beg, satu lagi bisnes PB....Alhamdulillah. Doa saya dimakbulkan. Dapat bantu suami dan diri sendiri, terus dapat bantu ekonomi keluarga. Syukur....saya bertemu dengan kawan ni, yang banyak bantu saya, banyak yang saya dapat lepas buat bisnes ni. Dapat ilmu, dapat kawan, kelas pun free...saya sangat suka dengan suasana baru ni, sume orang positif. Kawan-kawan yang sentiasa support. 

Di kesempatan ni, saya nak ucapkanlah terima kasih kepada kawan-kawan saya yang bantu saya tatkala saya tercari-cari peluang untuk tingkatkan diri dan ekonomi keluarga saya. Kepada Azniza Arshad yang telah kenalkan saya dengan bisnes PB ni. Tak lupa juga Leader, Maisarah Ibrahim yang tak jemu-jemu beri kata semangat. Tak lupa juga kepada Zetty Hamimi yang beri peluang kepada saya jadi partner dalam bisnes jual beg. Korang memang best!! Moga kita terus maju dan membantu orang lain juga mencapai impian masing-masing..amin..

Sesiapa yang di luar sana nak tau macam mana cara buat duit melalui bisnes PB ni, ataupun nak share apa-apa saja tentang bisnes, pedulikan apa orang kata, teruskan niat yang baik tu kerana kita akan rugi kalau tak mencuba, kita lagi rugi kalau tak bertanya....

Maisarah Ibrahim dan Azniza Arshad

Saya dan Team


fiza120@gmail.com
013-6053352



No comments:

Post a Comment