Saturday 1 December 2012

Pengalaman : Apabila Suami Sakit....Bahagian 1

Alhamdulillah..syukur kepada Yang Maha Esa kerana memberi saya peluang untuk menulis di sini. 

Masihkah ada esok bagiku? (aiseh, macam dalam drama plak..)

Selagi ada nafas, selagi tu lah kita diberi peluang untuk memberikan yang terbaik dalam kehidupan kita. Oleh itu, jangan sekali-kali abaikan perintah Allah. Sentiasa berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Ok, sekarang saya nak share sikit tentang bagaimana saya menghadapi hari-hari selepas suami saya sakit 2 tahun yang lepas. Juga tentang apakah perkara yang perlu kita ambil tahu dan lakukan macam SOCSO, insurans dan sebagainya.

Ketika suami jatuh sakit, iaitu pada 30 Ogos 2010, kami berada di kampung Taiping, bulan puasa, 2 minggu sebelum aidilfitri. Suami ketika itu tersangat lemah, muntah yang berterusan, mengalami halusinasi, dan seterusnya sawan (fit). Doktor cakap tiada punca yang khusus atas apa yang berlaku ke atas suami. Adakah berpunca daripada stress? doktor jawab, 'tidak'. Saya buntu. Bingung. Malah doktor juga bingung. Bingung sebab memikirkan bagaimana nak balance kan ubat cair darah dengan ubat memekatkan darah. Kalau ubat cair darah terlebih, bleeding akan jadi makin teruk. Kalau ubat pekatkan darah terlebih, takut saluran darah tersumbat pulak. Pening.

Untuk menyelamatkan suami, doktor telah berikan ubat tidur, rehatkan otak dan urat-urat saraf supaya otak tak stress katanya. Saya akur. Habis urat tangan, urat kaki, ambik pulak urat di dada untuk masuk ubat. Bila tanya doktor, berapa banyak jenis ubat? '15 jenis'. Masya Allah.

Doa. Tawakal. Mula tercari-cari cara nak bantu suami masa tu. Baca yasin. Problem sebab dalam ICU tak boleh tunggu 24 jam. Anak saya dah pass pada mak bawak balik ke KL awal-awal lagi. Tawakal.

Masa ni suami ada di Hospital KPJ, Ipoh. Alhamdulillah, mendapat rawatan dengan seorang doktor pakar yang sangat baik, Dr. Fadzli Cheah, seorang muallaf dan yang terharu tu beliau sempat berikan suami buku panduan solat untuk orang sakit sebelum suami 'shut down' malam tu jugak. Syukur suami sempat solat asar dan maghrib dengan izin Allah.

Saya dan mak mertua bergilir menjaga suami di hospital. Sepanjang sebulan, kami menumpang di surau hospital. 

BIL PERUBATAN & INSURAN

Saya gunakan medical card syarikat suami bekerja, maksimum sehingga RM50k sahaja. Mula-mula masuk, suami masih sedar, bil perubatan masih lagi dalam lingkungan RM18k. Tu pun dah mahal. Saya mula risau bila doktor kata suami kena dimasukkan ke ICU masa dia 'shut down'. Automatik doktor tanya, 'ada insuran'? Saya jawab ada. Ok, kita teruskan ke ICU dan kita cuba selama 3 hari baru off ubat tidur. Tengok respons. Kata doktor.

3 hari berlalu. Ubat off. tapi suami tak sedar. Pernafasan tak stabil. degupan jantung turun naik. berpeluh-peluh yang luarbiasa macam orang berjoging. Doktor no komen. Terpaksa sambung ubat tidur. 7 hari, 2 minggu, sampailah pada minggu yang ketiga hospital keluarkan bil sebab dah over limit 50k tu. Masya Allah. Mana nak cari duit? Simpanan memang zero. EPF tak cukup sebab dah keluarkan untuk beli rumah.

Bincang dengan mak mertua, akhirnya pada minggu keempat, kami pujuk doktor untuk bawa suami ke Hospital Sg. Buloh. Satu, sebab saya kena kerja. Dua, bil dah cecah RM100k. Buntu. Macam mana nak setel bil ni. Akhirnya mak mertua berikan duit simpanannya hampir RM40k untuk setel bil. Duit tu untuk tunaikan haji. Tu pun ada lagi balance 2k saya terpaksa pinjam dari kawan, Atun Khalid. Kalau tak kami tak dapat bawa suami transfer ke Hospital Sg. Buloh.

DUIT BELANJA & HUTANG PIUTANG

Saya dah mula fikir pasal duit belanja harian, hutang-hutang kereta, rumah, loan belajar, kredit kad. Ya Allah, macam mana nak setel ni? Selalu suami yang buat. Gaji saya seorang memang sah-sah tak cukup. Saya cari balik semua statement bank yang suami simpan. Buat semakan dengan bank. Kumpul semua hutang suami, termasuk hutang dengan kawan-kawan. Saya takut jika Allah panggil suami saya masa tu kembali ke pangkuanNya, hutang dia tak setel macam mana rohnya nak diterima. Allahu Akbar. Terasa batu berat dah terlekat kat bahu ni. Hilang punca. Yang paling penting ATM kad. Apa pin no.? Ah, sudah. Mula la peluh dingin. Entah macam mana datang ilham nak try no. yang penah suami bagitau masa cucukkan duit dari akaun dia dulu-dulu. Pegi try. Alhamdulillah. Harapan kembali cerah. 

......bersambung





No comments:

Post a Comment