Friday 18 January 2013

KELAS GLAM 18 JANUARI 2013

Semalam saya ke kelas lagi. Seronok datang kelas ni bukan sebab apa, sebab dapat jumpa kawan-kawan yang semuanya 'business minded'. Orang 'business minded' ni fikiran sentiasa positif. So, banyak la cas-cas positif yang secara tak langsung dapat kita serap bila kita pergi kelas. Saya dapat jumpa kawan-kawan baru, selain daripada kawan-kawan pejabat.

Produk yang terpilih semalam adalah 'killer product' iaitu tidak lain tidak bukan ialah korset Premium Beautiful. 

Kali ni, ilmu dikongsi oleh bakal DDM Admie Shuhada yang rekodnya setakat ini telah menjual korset ini secara cash sebanyak 8-10 unit setiap bulan. Ya, setiap bulan. Wow...a big wow for her...Beliau banyak share pasal testmoni dari pelanggan beliau sendiri. Sedikit sebanyak dapat tambah ilmu tentang produk ni.

Kelas penuh macam biasa. Acara kemuncak ialah bila kami sama-sama menyambut kelahiran CDM baru iaitu CDM Roslida Md Jani dari Terengganu yang bernaung di bawah CDM Nurul Aini. 

Kagum dengan CDM baru ni sebab selang sebulan sahaja beliau telah mengikut jejak langkah pemimpinnya sendiri, CDM Nurul Aini yang  baru sahaja dinaikkan pangkat CDM pada bulan November yang lalu. Beliau dinaikkan ke CDM pada bulan Disember menjadikan jumlah CDM yang lahir pada tahun 2012 adalah seramai 10 orang.

Satu jumlah yang sangat besar. Saya tumpang gembira dengan kejayaan mereka. 

CDM Nurul Aini sempat berkongsi pengalaman beliau sendiri tentang pentingnya angan-angan dalam menjalankan perniagaan ni. Bila ada angan-angan, kita kena usaha untuk jadikan angan-angan tu satu kenyataan. Jangan jadi macam angan-angan Mat Jenin.

Lepas tu satu lagi CDM Roslida pesan, jangan jadikan jarak satu alasan untuk tidak hadir ke kelas atau apabila pemimpin ajak berbincang. Sebab dalam GLAM pemimpin sentiasa berikan komitmen kadang-kadang sampai 200%. Mana ada bisnes yang pemimpin ajar dari A sampai Z. Sanggup redah siang malam, pandu kereta sendiri jauh-jauh dari KL sampai Terengganu untuk pandaikan kita macam CDM Maisarah bantu dia. Pengorbanan mereka amat banyak semata-mata nak tengok kita pandai berdikari untuk jalankan bisnes kita sendiri. 

Bak kata CDM Hanis, mereka lebih dulu rasa kesusahan dan kepayahan dalam bisnes ini, so mereka dah tahu apa yang perlu dibuat dan tak perlu dibuat. Kita cuma perlu sediakan diri untuk timba ilmu sebanyak-banyaknya. Jalan untuk berjaya dah terbuka. Kita cuma perlu ikut sahaja.

Itulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan kat sini. 


Tahniah CDM Roslida Md Jani


Hiasan Pulut Kuning yang kreatif


Meraikan pemenang 100G award, car fund dan CDM fresh from oven...


Bila tengok gambar ni rasa semangat nak teruskan bisnes...

Ubah kehidupan kita untuk ke arah yang lebih baik...







No comments:

Post a Comment