Monday 10 December 2012

Pengalaman : Apabila Suami Sakit...Bahagian 2

sambungan....

Ujian Tanda Allah Sayang


Allah duga kami ketika usia perkahwinan 1 tahun setengah. Ini yang terbaik buat kami. Allah mahu kami ingat Dia. Allah mahu kami sayang Dia. Allah tidak mahu kami jauh dari Nya. Terima kasih dan syukur Ya Allah. Masih diberi ruang untuk bertaubat. Masih diberi peluang untuk berikan teladan kepada sahabat handai dan rakan taulan terdekat.

Medical Board Out dan SOCSO

Masanya tiba juga. Suami sakit selama 2 tahun. Sampai masa perjanjian dengan syarikat sampai ke penghujung. Suami telah disahkan oleh doktor akan mengambil tempoh masa yang lama untuk kembali sihat. Suatu jangka masa yang tidak boleh ditentukan. Doktor tetap doktor. Bukan tuhan. Bagi membolehkan suami mendapat bantuan Socso, syarikat perlu keluarkan surat pemberhentian kerja. Saya tiada jalan lain melainkan bersetuju dengan keputusan ini. Walaupun dengan hati yang berat, saya harapkan keputusan ini adalah yang terbaik kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana. Saya tahu dan sedar Allah sentiasa ada bersama hamba Nya. Mujur syarikat ada sediakan pelan insuran untuk pekerja. Mujur suami mengambil insuran  peribadi dan juga rumah. Sungguh cantik perancangan Allah...


Pengajaran & Iktibar

Wahai sahabat-sahabatku, andai ada yang membaca tulisan ini, ambillah iktibar dan pengajaran dari kisah ini. Satu kisah antara berjuta yang Allah pilih untuk disampaikan kepada kalian semua. Jika ada yang menganggap ini adalah rekaan semata, terpulanglah. Walau apapun anggapan anda, niat saya cuma satu. Inginkan cerita saya yang tidakseberapa ini dijadikan iktibar dan peringatan untuk kita berikan yang terbaik di dunia yang sementara ini. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok. Malah kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku sesaat yang akan datang. Bersedialah.......












No comments:

Post a Comment