Tuesday 25 December 2012

KISAH ANAKKU NAJLA

Najla baru sampai dari bercuti ke Gambang dan Terengganu tadi. Sampai-sampai rumah, dia menangis. Rupanya rindu mama...huhu..Kesian dia dari hari Sabtu tinggalkan mama dan babah. 

Sebenarnya memang dia yang nak ikut atuk dan tok ki jalan-jalan. Boleh mandi kolam dengan sepupu dia. Baru-baru ni ambil gambar dia, saja buat muka comel. Geram.

Apa boleh buat, dia seorang sahaja buah hati mama dan babah. Manja. Paling suka tidur dengan atuk sebab ada aircond. Kecil-kecil dah pandai 'demand'. :)


Inilah antara aksi Najla. Tahun depan 3 tahun. Sibuk minta hantar pergi sekolah. Kalau tengok dia berkawan dengan budak yang umur lebih tua, dia boleh get along dan sesuaikan diri. Cepatnya anak besar kan. Dia faham babah dia sakit. Bila tengok ubat ke atau air penawar ke, mesti dia kata itu air ubat babah ye? :)

Seronok tengok anak membesar. Macam-macam kerenah. Dia faham bila mama banyak tolong babah daripada teman dia. Walaupun macam mana pun, Fiza tetap cuba luangkan masa untuk dia. Sekejap pun jadilah. Yang penting masa yang berkualiti.

Dalam keadaan sekarang ini, Fiza tak boleh lengah-lengah lagi. Banyak benda kena buat cepat. On time. Kalau tidak, memang Fiza akan terlepas banyak perkara. 

Macam suami, dia banyak terlepas waktu pembesaran Najla. Masa Najla pandai jalan, dia masih di hospital. Tapi sekarang, hari-hari dia teman dan jaga Najla. Itulah hikmahnya. Sebulan dua waktu yang terlepas tu, Allah gantikan dengan berbulan-bulan. Cuma tinggal suami perlu belajar ambil hati Najla. Bab ini belum mahir lagi. Harapnya sikit waktu lagi lah. In syaa Allah.

Najla pun sekarang dah pandai ikut apa yang orang buat.  Ada sekali tu atuk dia nak pegi kenduri pakai baju kurung, dia pun nak pakai baju kurung juga. Jenuh lah atuk layan. Orang pakai tudung, dia pun pakai tudung. Belum masuk bab pilih baju. Kalau dia tak nak, dia ambil baju lain. Seluar lain. Suka hatilah, janji pakai baju kan. :)

Babah tolong pangku Najla sebab mama tengah drive......

Cuba tengok video ni...


Najla in action....:D




2 comments:

  1. wah..entry yang best... bagus lah fiza, nampak perkembangan positif dari segala segi.. najla anak yang matang.dia faham keadaan ibu ayah dia mcm mana. syukur, mak ayah fiza masih kuat untuk sama-sama menjaga cucu yg satu ni.. ermm,anak niza si hadif tu pun dah pandai demand nak tdo dalam aircond jugak..hihi

    ReplyDelete
  2. In syaa Allah Niza, ada masanya Fiza taktau nak buat apa, sampai betul2 down la orang kata.. tapi bila teringat pesan ustaz Allah sentiasa ada dengan kita, terus datang semangat...huhu..

    ReplyDelete